Thursday 17 November 2016

PENGARAH











Mohd Firdaus Bin Ahmad    Pengerusi
Berkelulusan EMBA (Executive Master Business Administration) dan Diploma in IT ( International Technology). Dikenali sebagai seorang yang berpandangan jauh dan sering tampil dengan idea baru dan bernas, beliau mengambil keputusan menubuhkan syarikat pembinaan dan hartanah berikutan pasaran yang meluas. Beliau juga telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia mewakili Negeri Kedah bagi tahun 2015 - 2016.







Kassyaaf Bin Yahya   Pengarah
Mempunyai 9 tahun pengalaman bekerja dengan syarikat-syarikat yang lain dan mempunyai kehadiran yang kukuh dalam bidang eletrik dan ICT. Pemegang Diploma Kejuruteraan Elektrik (Communication). Pernah bekerja di beberapa buah syarikat senagai pegawai ICT Tapak Projek dan juga sebagai Penolong Pengurus ICT.







Idris Bin Mohamad    Ketua Pegawai Operasi
Memulakan kerjaya awal sebagai Pelukis Pelan di sebuah firma arkitek di Kuala Lumpur selepas menamatkan pengajian di dalam jurusan Senibina di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Selepas itu berkhidmat selama 5 tahun sebagai Pelukis Pelan Kanan di Zelleco  Engineering Sdn.Bhd. (subsidiari Malaysian Resources Corporation Berhad atau lebih dikenali sebagai MRCB). Terlibat dengan projek-projek mega seperti Transmission Tower untuk TNB, Segari Lumut Power Plant dan sebagainya. Meneruskan kerjaya selama 10 tahun di dalam industri Minyak dan Gas di syarikat antarabangsa seperti Saipem dan Technip. Malah pernah bertugas di luar  negara untuk tempoh beberapa tahun. Pernah bertugas sebagai Eksekutif Teknikal di Iktisas Ingenieurs Sdn. Bhd. selama 5 tahun sebelum beliau menyertai Rumpun Mahsuri Properties.

No comments:

Post a Comment