Wednesday 4 January 2017

Definisi & Kebaikkan & Kelebihan IBS

Maksud IBS Apa itu IBS?
IBS adalah singkatan pada teknologi Sistem Binaan Berindustri atau Industrialised Building System. Ia adalah istilah yang digunakan di Malaysia untuk teknik pembinaan yang mana komponennya dibuat dalam persekitaran yang terkawal, sama ada di tapak atau luar tapak. Ia kemudiannya akan diletakkan dan dipasang di tapak pembinaan. Teknik ini adalah jawapan terbaik bagi menyelesaikan masalah yang sering berlaku di tapak pembinaan di negara ini.

Kebaikkan IBS?
Penggunaan IBS menjanjikan kelebihan berbanding sistem konvensional seperti pengurangan pekerja di tapak, pengurangan pembaziran bahan binaan, pengurangan bahan binaan di tapak, alam sekitar dan tapak binaan lebih bersih, kawalan kualiti lebih baik, tapak pembinaan lebih teratur dan selamat serta tempoh pembinaan lebih singkat.
Faedah yang diperolehi melalui sistem itu ialah pengurangan pekerja dan bahan di tapak, meminimumkan pembaziran, mesra alam, meningkatkan produktiviti dan kualiti, memendekkan masa pembinaan, mengurangkan kos dan menjamin keselamatan di tapak pembinaan. Sistem IBS mampu menjimatkan kos pembinaan sehingga 35 peratus dan menjimatkan masa sehingga 50 peratus.

5 Kelebihan nyata batu blok IBS yang di guna pakai
dalam semua projek pembinaan kediaman di bawah

Rumpun Mahsuri Properties Sdn. Bhd.

 1. Proses pengilangan batu IBS yang serba canggih menjadikan batu ini lebih kukuh dan berkualiti tinggi. (kadar minimum kekuatan tempaan bata : 7N/mm2 @ 1000psi).

2. Lebih ekonomik kerana
   - Saiz batu yang lebih ideal (1 bata IBS = 5 bata biasa)
   - Bata IBS lebih kukuh dan mengurangkan risiko bata pecah akibat pengendalian yang kasar.
   - Proses penghantaran yang menggunakan  pellet blok juga mampu megurangkan risiko batu blok untuk pecah.

3. Penebat bunyi
  - Kepadatan bata yang tinggi dan kewujudan lubang udara pada blok batu menjadikan bata ini penebat bunyi yang baik. Ini menjadikan kediaman anda lebih senyap dan aman.

 4. Penebat haba
  - Batu blok ini bertindak sebagai penebat haba melalui kehadiran udara-udara yang terperangkap di dalam lubang-lubang pada blok bata.
  - Ciri ini menjadikan kediaman lebih sejuk dan selesa dan dapat menjimatkan kos pemasangan pendingin hawa dan penjimatan penggunaan tenaga.

5. Penggunaa kebakaran
  - Struktur batu ini terbukti mampu menahan perebakan api kebakaran.
  - Batu blok ini akan menahan api kebakaran dari terus merebak dengan pantas.
  - Batu blok ini tidak akan melengkung, retak dan pecah apabila terjebak dengan kebakaran.

No comments:

Post a Comment