Thursday 17 November 2016

RUMPUN MAHSURI PROPERTIES


PENGENALAN

RUMPUN MAHSURI PROPERTIES SDN BHD (RMP) adalah sebuah syarikat perundingcara dalam bidang pembinaan yang didaftarkan pada tahun 2016 di SSM (1204658-A). Teras utama RMP adalah perumahan mampu milik   Kakitangan pengurusan kami adalah  terlatih dalam pelbagai bidang dan mempunyai pelbagai kelayakan professional, pengalaman dan kepakaran tersendiri. Ciri ini adalah penting untuk meningkatkan mekanisma sokongan dalam organisasi yang berorientasikan perkhidmatan ini.

Dengan peningkatan permintaan rumah mampu milik dengan kos yang lebih rendah, RMP merancang untuk meluaskan pasaran daripada kediaman individu kepada pasaran komersial dan industri. Pihak RMP fokus kepada prospek daripada yang berpendapatan rendah sehingga yang berkemampuan yang menginginkan rumah atau unit kediaman yang moden dan menarik dengan harga mampu milik.

VISI

1.Teras utama syarikat adalah perumahan mampu milik.
2.Memastikan pembinaan perumahan dapat disiapkan dengan telus bagi semua peringkat
3.Menjadi syarikat berdaya saing dalam industri hartanah dan perumahan.

OBJEKTIF

1.Memastikan pulangan pendapatan yang berterusan untuk kestabilan syarikat dalam setiap projek dan pelaburan yang dibuat oleh syarikat.
2.Mempromosikan dan memperkenalkan produk serta perkhidmatan kepada orang awam dengan lebih agresif.
3.Sentiasa menjaga dan memperbaiki mutu perkhidmatan, informasi, pengurusan aset serta kualiti pembinaan secara berterusan.
4.Sentiasa mengutamakan keselamatan semasa dan selepas apa jua projek yang dijalankan oleh syarikat.
5.Memberi layanan dan bantuan perkhidmatan kepada orang awam secara berhemah dan telus serta mengikut piawaian yang telah ditetapkan.


No comments:

Post a Comment