Wednesday 4 January 2017

KUMPULAN IBS

5 Kumpulan IBS
Sistem Konkrit Pratuang
Ia adalah antara jenis IBS yang paling diminati dalam industri pembinaan negara. Terbahagi kepada dua jenis utama-struktur kerangka dan dinding galas beban.
Komponen tipikal dalam struktur kerangka adalah rasuk, tiang, papak dan dinding tidak galas beban.  Kebiasaannya, komponen ini dihasilkan di luar tapak menggunakan mesin dan  acuan.  Jenis kedua pula sistem dinding galas beban, menawarkan sestem yang lebih mudah iaitu papak dan dinding.  Kedua-kedua komponen itu boleh dikeluarkan di kilang atau diperbuat di tapak dan antara jenis popular ketika ini menakala jenis pertama adalah menjadikan struktur lebih fleksibel dan mapan.

Sistem Kerangka Keluli
Sistem ini terutamanya untuk kerangka bumbung begitu digemari di negara ini.  Keluli struktur sesuai untuk bangunan tinggi dan kebiasaannya digunakan dengan panel papak dan dinding kongkrit pratuang di dalam penghailan struktur hibrid dengan masa cepat
Komponen struktur sistem kerangka keluli terbahagi kepada dua jenis iaitu keluli tergelek panas dan sejuk, berasaskan kepada proses dan bahan di dalam pembuatan.
Ia menawarkan pemasangan tapak lebih pantas dan pengurangan tenaga pekerja jika dibandingkan denga lain-lain jenis IBS.

Sistem Acuan
Sistem ini menjalankan proses pembinaan menggunakan suatu cara yang sistematik dan berasaskan mekanikal. Mengguankan panel acuan yang boleh digunakan semula, pembinaan konkrirt in-situ dapat dipertingkatkan. Ia meninggikan kelajuan pembinaan melalaui perlerakan konkrit dengan pantas.
Kos pula dapat dikurangkan melalui pemiawaian saiz struktur dan memastiakan pergerakan dan kitaran penkonkritan.  Walaubagaimanapun, dinding dan papak dapat dihasilkan serentak melalui penggunaan sistem acuan terowong.
Kebanyakan daripada sistem acuan adalah berasaskan keluli tetapi sejak kebelakangan ini sistem berasaskan aluminium dan plastik turut digunakan.

Sistem Kerangka Kayu
Kerangka kayu pasang siap adalah antara sistem IBS yang paling kurang digunakan.  Kebanyakan sistem tempatan adalah untuk pembinaan kerangka bumbung.  Penggunaan kayu pasang siap untuk komponen struktur yang lain adalah hampir tidak wujud di Malaysia kecuali untuk wakaf dan beberapa unit chalet khas.
Namun begitu, kerana rumah-rumah Melayu tradisional juga adalah merupakan ?rumah pasang siap? daripada segi struktur dan fungsi melalui penggunaan tanggam tanpa paku dan kebolehalihannya, adalah dijangkan bahawa penyedia sistem pasang siap kayu tempatan akan turut menghasilkan produk selain kerangka bumbung di masa yang terdekat.

Sistem Blok
Pada asasnya ia adalah suatu jenis IBS yang berasaskan teknologi konkrit pratuang.  Sistem ini termasuk blok konkrit pratuang berongga, berkait dan juga berbusa.  Oleh kerana saiznya yang kecil jika dibanding secara relatif dengan lain-lain komponen IBS, ia boleh diuruskan dengan mudah dan mempunyai darjah toleransi yang tinggi.
Kebanyakan jenis blok tersebut juga boleh dibuat dengan mudahnya di tapak dan mempunyai kos pengeluaran yang rendah.

No comments:

Post a Comment